PENGUMUMAN
Ujian Bulanan 1
Ujian Bulanan baru sahaja berakhir semalam. Biasa lah, kalau soalan yang susah tu, mau 15 minit dah siap.. Nampak macam terrer je murid-murid kita ni. Apa-apa pun, kita tunggu keputusannya dalam 2 minggu lagi.. Lepas ni, cuti sekolah seminggu.. Walau bagaimana pun, ada kelas tambahan menanti.. Haaa.. Jangan tak hadir pula.. Sebelum cuti bermula, ada pula suara-suara murid-murid ni yang kata.." Cikgu, tak boleh datang la kelas tambahan ni.. Kita nak balik kampung.." Alahaiii..anak-anak muridku..Bukan lah tak boleh nak balik kampung. Cikgu pun dah 3 bulan tak menjenguk ibu di kampung. Tapi, berkorbanlah sedikit. Hari Rabu terakhir kan sempat lagi kalau nak balik. Cuba kira, .. Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad..Haa.. Ada lebih kurang 4 hari di kampung. Cukup lah tu.... Nanti lepas UPSR, nak balik kampung lama-lama pun tak apa.. Ala haiiii... Apa-apa pun, cikgu ucapkan Semoga Berjaya dan seterusnya mencapai kecemerlangan UPSR 2011. Insya Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment